Kump Gendang Gemala Kasturi - Seni Itu Satu Keindahan

Tuesday, July 25, 2006

Pertukaran Nama Kumpulan

Sebelum dari ini, nama kumpulan ini dikenali dengan nama Seri Andalas, akan tetapi disebabkan banyak pertanyaan yang menghubungkan dengan seri andalas, Kelang dan juga terdapat sebuah kumpulan muzik asli yang hampir sama; maka keputusan telah diambil dengan menggunakan nama Gemala Kasturi mulai Julai tahun 2006. Anggota terdiri daripada beberapa orang pemain.

2 peniup serunai, pemain ibu, gendang anak dan gong. Alhamdulillah banyak persembahan yanng telah diterima dari masyarakat di sekitar KL dan Selangor. Ibarat kata luas perjalanan, luaslah pemandangan. Kami juga tidak menolak untuk bermain di tempat lain sekiranya dijemput. Pernah juga kami mendapat undangan bermain di Perak, Melaka, Johor dan seterusnya.
  • Ketika mengadakan persembahan di Ampang, KL

Wednesday, July 19, 2006

Salam Perkenalan

Salam perkenalan dari kami ahli kumpulan gendang gemala kasturi. Kami terdiri daripada 5 orang semuanya. Permainan ini hanya terdapat di sebelah utara semenanjung dan satu-satunya kumpulan yang bertapak di kuala lumpur. Kami mula berjinak dalam permainan ini agak lama. Walaupun ahli silih berganti namun kami tetap bergiat aktif dalam seni pergendangan. Bermacam-macam laluan yang kami tempuhi, denai yang kami lalui dan belukar yang kami tebas, namun semangat untuk mengembangkan seni pergendangan ini tidak pernah luntur malah makin membara di sanubari kami. Segala tomahan-tomahan kami tepis dan kami buktikan dengan kemajuan kami. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, begitu lah kami, alang mandi biar basah.